SARAWAK, 18 November 2017: Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan 12 wartawan dan jurugambar dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP 2017) yang bertemakan Tradisional Sarawak.
AMP 2017 yang disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof sempena Malam Penghargaan Media KKR itu, adalah sebagai pengiktirafan terhadap karya kewartawanan pembinaan tempatan terbaik bagi Semenanjung Malaysia.
“Peranan media adalah sangat penting dalam memberi pemahaman kepada publik terhadap agenda transformasi nasionaldi bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP) yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11.
"Sebab itulah kita anjurkan AMP setiap tahun sebagai platform untuk para media berkarya sekaligus membantu CIDB menghebahkan segala inisiatif dan pencapaian lebih-lebih lagi di saat CITP berada di titik tengah pelaksanaannya bagi menyediakan Malaysia ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” kata Dato’ Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, AMP telah menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pengamal media seluruh negara. Untuk tahun 2017, AMP yang mendapat kerjasama KKR dan Malaysian Press Institute (MPI) menerima penyertaan sebanyak 144 penyertaan daripada Semenanjung Malaysia membabitkan media cetak, elektronik dan online.
AMP dibahagikan kepada tiga kawasan liputan iaitu; Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak. Bagi setiap kawasan liputan, terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu: