Bersempena dengan penganjuran Festival Pelancongan dan Fotografi MARA, yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan pertandingan fotografi yang bertemakan 'MARA Through My Lens'. Terdapat dua kategori untuk pertandingan ini iaitu Kategori Pelajar dan Kategori Terbuka.
Kedua-dua kategori menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang di mana setiap peserta dikehendaki menghantar hasil kerja masing-masing menggunakan kamera digital atau analog. Setiap gambar adalah hasil karya sendiri dan tidak pernah diulang siar di mana-mana akhbar, majalah, laman web atau hak cipta terpelihara pihak lain. MARA berhak untuk membatalkan kemenangan atau menolak penyertaan mana-mana peserta yang melanggar syarat asas pertandingan ini.
Setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM10 dan bakal membawa pulang wang tunai, sijil dan hamper bagi pemenang pertama sehingga pemenang saguhati. Tema bagi pertandingan ini adalah "MARA Through My Lens" dan para peserta bebas mengambil gambar kesukaan mereka asalkan ia menggambarkan MARA secara keseluruhannya.